Team SMG tersingkir dari M5, tak cukup mata kekal di top 2

Wakil Malaysia di kejohanan dunia MLBB, M5, Team SMG kini tersingkir dari pertandingan itu selepas mereka gagal mendapatkan kedudukan dua teratas di peringkat kumpulan yang bermula sejak Sabtu.

Team SMG tewas 0-2 lawan pasukan Turkiye, Fire Flux Esports dan juara dunia M3, Blacklist International 2-1. Meskipun mereka mempunyai baki perlawanan esok ke atas RRQ Akira, kemenangan 2-0 tidak menjanjikan apa-apa kerana Blacklist International sudah pun di tangga pertama manakala Fire Flux di tempat kedua dengan mata lebih tinggi dari SMG.

Selepas kekalahan semalam, Team SMG hanya perlu berharap keajaiban yang Fire Flux tewas 0-2 ke atas RRQ Akira namun sebaliknya terjadi hari ini.

Dengan itu, maka berakhirlah perjalanan Team SMG di kejohanan dunia M5 kerana gagal mara ke pusingan knockout. Jika mengikut head-to-head, Team SMG tewas lawan Fire Flux.

Apa-pun, Team SMG sudah berhempas pulas melakukan yang terbaik di kejohanan dunia itu yang mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$900,000.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+