Team Secret tubuhkan pasukan Wild Rift?

Ura-ura mengenai organisasi e-sukan Eropah, Team Secret akan menubuhkan skuad Wild Rift bukan lagi satu teka-teki sebaliknya ia akan menjadi kenyataan tak lama lagi.

Mereka sudah mengumumkan pemain pertama skuad itu pada Disember lalu, James Santos (Hamezz) dari Filipina. Tapi yang berlaku selepas itu adalah lebih menarik.

Dalam satu ciapan balas kepada akaun rasmi League of Legends: Wild Rift di Twitter, Team Secret berkata tak sabar nak dedahkan roster baharu.

Ramai pengguna Twitter meramalkan pemain profesional Filipina akan menyertai. Nama-nama seperti Rebengga, Azar dan Chewy disebut-sebut sebagaiĀ lineupĀ utama pasukan tersebut.

Apa-apa pun kita perlu tunggu dan lihat siapakah pemain-pemain pasukan Wild Rift oleh Team Secret nanti.

Ikuti kami diĀ Facebook, Twitter danĀ Instagram.Ā Saksikan kami diĀ YouTube.

RELATED NEWS

+