Studio disebalik Crash dan Spyro ditutup

Selepas ramai pekerja Activision Blizzard dibuang, kini 86 kakitangan di Novato dan 76 kakitangan di Foster City pula dibuang.

Kedua-dua tempat ini adalah mereka dari studio Toys for Bob yang dikenali ramai membuat Crash, Spyro dan Skylanders.

Toys for Bob kini akan ditutup selepas berada di bawah Activision sejak tahun 2005 lagi.

Untuk markas Novato, kesemua kakitangan Toys for Bob kini dibuang.

Bagi markas Foster City pula, syarikat Sledgehammer Games yang terkenal dengan francais Call of Duty juga ditutup.

Industri permainan video tahun ini dalam keadaan yang sangat tenat apabila ramai kakitangan dari pelbagai syarikat diberhentikan kerja.

Rujukan: sfchronicle

RELATED NEWS

+