Streamer-streamer Korea Selatan mogok di Twitch dengan kandungan seksual di hari terakhir

Disember lepas, Ketua Pegawai Esekutif Twitch mengumumkan penutupan Twitch di Korea Selatan akibat kos operasi yang kian meningkat.

Bagi streamer dan pengguna Twitch di Korea Selatan, semalam 27 Februari adalah hari terakhir mereka untuk menggunakan pelantar itu.

Apa mereka buat sebelum Twitch tutup selamanya?

Beberapa streamer Korea Selatan mogok dengan memainkan permainan video dewasa atau membuat banyak kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Twitch fined South Korea

Dalam 24 jam terakhir ramai streamer membuat protes dengan melakukan penstriman kandungan dewasa seperti bermain permainan video seksual dan memakai pakaian menjolok mata.

Sebagai contoh, Daeyong 2 membuat penstriman permainan video dewasa.

twitch-streamers-broadcast-adult-content-protest-south-korea-shutdown

Manakala streamer, Irin-Chan pula memakai pakaian menjolok mata untuk penontonnya.

https://prod.assets.earlygamecdn.com/images/Irin-chan-streamer.jpg?transform=article3x_webp

Ramai lagi streamer Twitch Korea Selatan yang turut melakukan perkara sama.

Ada netizen di Reddit mengatakan “Inilah cara paling menarik untuk membuat protes ke atas keputusan Twitch menutup tirai. Apa mereka boleh buat? Haramkan streamer tersebut dari Twitch?.”

Twitch kini secara rasminya menutup pelantar mereka di Korea Selatan semalam dan kini menghadapi saman dari kerajaan Korea Selatan sebanyak AS$300 ribu (RM1.43 juta) kerana melanggar undang-undang telekomunikasi Korea Selatan.

Saman itu kerana membuang VOD (Video-On-Demand) dari Twitch.

Ramai streamer Korea Selatan yang membina karier mereka di Twitch kini terpaksa berpindah ke pelantar penstriman yang lain.

RELATED NEWS

+