Steam benarkan permainan video dengan kandungan AI

Valve baru-baru ini mengubah polisi Kecerdasan Artifisial (AI) mereka di platform Steam tetapi dengan syarat.

Pada Jun tahun lepas, syarikat itu mengumumkan mereka tidak membenarkan apa-apa permainan video dengan penggunaan AI sebelum atau janaan secara langsung di platform mereka.

A developer's guide to releasing a game on Steam | GamesIndustry.biz

Steam kini melakukan beberapa perubahan untuk pembangun permainan video mengenai penggunaan teknologi AI.

Pengeluar permainan video perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada Valve mengenai penggunaan AI mereka.

“Perubahan hari ini adalah dari pemahaman kami mengenai landskap dan risiko pembangun permainan video menggunakan AI dan sesiapa yang membangunkan perisian AI. Hal ini dibuat supaya kami lebih terbuka dengan permainan video dengan teknologi AI di platform Steam.

Pembangun perlu mengisytiharkan apa-apa kandungan yang menggunakan AI seperti seni, kod, bunyi dan lain-lain kandungan yang diciptakan dengan bantuan AI.

Selain itu, pembangun permainan video juga perlu mengisytiharkan juga permainan video mereka tidak menggunakan apa-apa kandungan yang melanggar akta kandungan dan kandungan haram.

Steam logo in various forms.

Mereka juga perlu memastikan kandungan-kandungan permainan video mereka konsisten dengan kesemua bahan pemasaran untuk permainan video itu.

Tambahan lagi, mereka juga perlu memberitahu Steam mengenai apa-apa kandungan yang menggunakan pertolongan AI ketika permainan video dimainkan.

Beberapa penghadang yang digunakan untuk AI juga perlu diberitahu supaya AI itu tidak menggunakan kandungan yang tidak dibenarkan dan melanggar undang-undang.

Valve juga tidak membenarkan apa-apa kandungan seksual yang dibuat dengan Live-Generated AI (AI Secara Langsung) di platform mereka.

Syarikat besar permainan video itu akan meneliti lagi proses ini dari semua aspek AI dan akan menambahbaik semula keputusan ini mengikut keadaan.

Maklumat lanjut boleh dibaca di laman rasmi Steam.

RELATED NEWS

+