Square Enix Memperkenalkan Dunia Shadow Of The Tomb Raider – Saksikan Video Ini

Shadow of the Tomb Raider antara permainan video yang dinantikan selama ini. Peminat tak sabar untuk menyaksikan bagaimana latar tempatnya memainkan peranan dalam kembara Lara Croft ini nanti.

Square Enix dan Crystal Dynamics memperlihatkan video baru untuk bandar yang akan dilawati Lara.

Seperti dalam video di bawah, korang berpeluang untuk kunjungi Paititi. Ia adalah ‘rumah’ kepada tamadun yang belum disentuh oleh budaya moden, dan korang boleh teroka hub terbesar ditemui dalam permainan Tomb Raider, memaparkan bandar besar dengan makam mencabar, misi sampingan dan banyak lagi.

Shadow of the Tomb Raider juga memperkenalkan sistem customization lebih hebat bergantung kepada cara pemain. Contohnya, mereka boleh menukar tahap kesukaran untuk beberapa teka teki, penerokaan dan juga kombat. Akan ada tahap mudah, normal dan sukar disediakan.

Hub itu juga akan terbuka lebih luas apabila makin jauh korang berjalan, bermakna ada banyak lagi cabaran boleh ditemui. Pasar lokal juga boleh dikunjungi untuk mencipta item baru dan juga memahirkan diri korang menukar barangan dengan peniaga.

Haaa.. jadi kalau korang tak sibuk nak selamatkan dunia, boleh lah lakukan aktiviti sampingan ini. Jangan lupa block kalendar korang untuk pelancaran Shadow of the Tomb Raider pada 14 September ini di Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+