Bermula hari ini (Jumaat, 19 November) hingga 29 November ini Sony Interactive Entertainment mengumumkan promosi Black Friday dan menawarkan jualan permainan dengan diskaun sehingga 80%!
Melalui promosi ini, Sony menawarkan langganan 12 bulan PlayStation Plus PS Store dengan harga RM106, pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 33%.
Sony juga menawarkan potongan harga bagi DUALSHOCK 4 Wireless Controller dengan harga RM60 sahaja.
Selain itu, mereka menawarkan tajuk-tajuk permainan yang diberi potongan harga sehingga 80%.
Berikut ialah antara tajuk-tajuk PS4 dan PS5 yang diberikan potongan harga:
PS5
- Demon’s Souls – RM209
- Ghost of Tsushima Director’s Cut – RM239
- Final Fantasy VII REMAKE – RM239
PS4
- Ghost of Tsushima Director’s Cut – RM189
- Marvel’s Spider-Man: Miles Morales – RM169
- NieR Replicant ver 1.22474487139… – RM169
- Crash Bandicoot 4: It’s About Time – RM79
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai promosi Black Friday daripada Sony anda boleh layari SINI.