Steam untuk PC dan penulis juga diberikan akses awal oleh penerbitnya 505 Games. Ghostrunner merupakan permainan aksi yang menggabungkan elemen-elemen pergerakan pantas menggunakan parkour dan serangan pedang yang membunuh musuh secara serta merta."> Steam untuk PC dan penulis juga diberikan akses awal oleh penerbitnya 505 Games. Ghostrunner merupakan permainan aksi yang menggabungkan elemen-elemen pergerakan pantas menggunakan parkour dan serangan pedang yang membunuh musuh secara serta merta." /> Steam untuk PC dan penulis juga diberikan akses awal oleh penerbitnya 505 Games. Ghostrunner merupakan permainan aksi yang menggabungkan elemen-elemen pergerakan pantas menggunakan parkour dan serangan pedang yang membunuh musuh secara serta merta." />

[Preview] Demo Ghostrunner – pantas dan memuaskan

Demo percuma permainan Ghostrunner kini telah dilancarkan di Steam untuk PC dan penulis juga diberikan akses awal oleh penerbitnya 505 Games. Ghostrunner merupakan permainan aksi yang menggabungkan elemen-elemen pergerakan pantas menggunakan parkour dan serangan pedang yang membunuh musuh secara serta merta.

Anda tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk menghabiskan demo ini kerana ia hanya mempunyai dua level. Kedua-duanya boleh diselesaikan dalam tempoh 3 hingga 10 minit sahaja. Selepas menghabiskan dua level tersebut, anda boleh main semula kedua-duanya pada bila-bila masa.

Setiap level mempunyai leaderboard yang memantau masa yang diambil untuk menyelesaikan level tersebut dan bilangan kali pemain ditewaskan. Jelas sekali permainan ini mencabar pemain untuk sentiasa cuba menghabiskan setiap level dengan lebih pantas dan lebih kemas.

 

Ibarat Mirror’s Edge tetapi lebih tajam

Cara pergerakan dalam Ghostrunner mirip cara pergerakan dalam permainan first-person shooter (FPS) lain yang menonjolkan parkour seperti siri Mirror’s Edge. Memang terasa pantas apabila melakukan aksi-aksi hebat seperti wall running, meluncur, dashing, dan menggunakan sesuatu yang mirip dengan grappling hook Batman.

Penulis sendiri tidak pernah main Mirror’s Edge atau sekuelnya tetapi dapat mempelajari teknik kawalan Ghostrunner dengan sangat mudah. Kesemuanya diajar dengan baik dan boleh dicuba berkali-kali kerana apabila anda gagal, anda hanya perlu tekan butang “R” untuk dihidupkan semula secara serta-merta di sebuah checkpoint.

Selain daripada pergerakan pantas, satu lagi aspek utama permainan Ghostrunner ialah membunuh musuh-musuh dengan menggunakan katana. Dalam demo ini, setiap musuh boleh dibunuh dengan satu pukulan sahaja tetapi anda juga akan dibunuh jika ditembak walaupun sekali.

Setiap pembunuhan rasa sangat memuaskan kerana ia dilakukan dengan sangat pantas dan lancar. Butiran-butiran grafik seperti percikan darah dan pemusnahan anggota badan juga membuatkan pembunuhan menjadi lebih menarik.

 

Cantik dan dioptimumkan dengan baik

Tidak dapat dinafikan bahawa Ghostrunner ialah sebuah permainan video yang sangat cantik. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui trailer dan gambar-gambar permainan tersebut. Persekitaran bertemakan cyberpunk dalam Ghostrunner mempunyai banyak sumber cahaya berwarna-warni dan tekstur yang penuh butiran kecil.

Pada tetapan grafik tertinggi, setiap tekstur nampak jelas dan pencahayaan mewujudkan suasana yang sempurna untuk sebuah dunia cyberpunk. Pantulan cahaya di permukaan katana dan lopak air nampak realistik. Walaupun dalam keadaan bergerak pantas, setiap aspek grafik dapat dihargai sepenuhnya.

Untuk anda yang mempunyai kad grafik siri Nvidia GeForce RTX, anda memang patut mencuba permainan ini kerana ia mempunyai pelbagai tetapan ray-tracing. Pendek kata, Ghostrunner boleh digunakan sebagai salah satu permainan untuk benchmark kebolehan kad grafik RTX anda.

Untuk anda yang tidak mempunyai PC berperingkat bangsawan, tidak perlu risau. Spesifikasi minima untuk versi PC permainan ini tidak begitu tinggi. Dari segi keperluan kad grafik, anda hanya perlu mempunyai sama ada Nvidia GeForce 630 atau AMD Radeon HD 6570.

 

Tidak sabar untuk cuba permainan penuh!

Demo ini boleh dimuat turun dengan percuma. Oleh itu, penulis mengesyorkan anda untuk mencubanya kerana ia sebuah permainan yang sangat menyeronokkan. Ghostrunner akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch pada 28 Oktober ini.

Pada waktu ini, terdapat potongan harga 20% untuk mereka yang pra-tempah permainan ini di Steam dan Epic Games Store. Harga penuh permainan ini di Steam ialah RM99 dan di Epic Games Store pula AS$23.99 (RM100). Promosi ini akan berakhir pada 28 Oktober.

Malangnya, tiada demo percuma dilancarkan untuk versi-versi konsol.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+