“Pinangan tu ada, tengoklah diterima atau tak,” – Ashi

Pengurus Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) tidak menyangkal yang pihaknya ada merisik pemain Team Haq, Muhammad Syafizan Najmi atau Garyy. 

Ashi ketika dihubungi berkata, “pinangan tu ada, tengoklah diterima atau tak,” menunjukkan yang belum ada apa-apa keputusan muktamad dari pemain Team Haq itu.

Sebelum ini, desas desus mengenai isu Team Haq ingin melepaskan slot MPL akhirnya terjawab apabila pengasasnya, Aiman Haq menyatakan mereka ada masalah kewangan.

Justeru, netizen bermain spekulasi ke mana hala tuju Garyy selepas ini memandangkan pemain muda itu pernah stand-in untuk Todak di kejohanan Johor All Star baru-baru ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK GAMING (@todakmlbb)

Adakah Garyy akan ke Todak? Sama-sama kita nantikan.

TAGS

RELATED NEWS

+