Pendapat MobaZane tentang arena MLBB di Amerika Syarikat

“Macam sama saja pemain di rantau ini (Amerika Syarikat) dan semua kenal antara satu sama lain. Ada beberapa pasukan baru tapi tak banyak berubah kerana ‘muka sama’ saja dalam arena kompetitif,” itu kata-kata Michael Cosgun atau MobaZane dalam satu sidang media kejohanan dunia MLBB, M5 diadakan di Manila, Filipina.

Pemain MLBB terkenal yang juga streamer di Youtube ini mengatakan rantau itu tak banyak berubah mengenai penerimaan MLBB.

“Saya rasa ia (MLBB) takkan besar di sini. Game ini tak popular sangat di sana.

“Apa yang saya rasa kami perlukan adalah buat lebih baik dalam mana-mana pertandingan dan hantar pemain yang terhebat di peringkat antarabangsa,” katanya.

MobaZane juga mengatakan barisan pemain bagi NA yang dihantar ke M5 sepatutnya lebih baik.

TheOhioBrothers mewakili NA untuk beraksi di M5 namun terpaksa pulang awal kerana tidak lolos ke pusingan knockout.

Berbanding TOB, MobaZane yang bermain di edisi sebelumnya, M4 bersama The Valley berjaya mendapatkan top 6 di kejohanan itu yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, awal Januari tahun ini.

RELATED NEWS

+