Penalti tamat, Nnael kini boleh bermain untuk Geek Fam ID tapi di lower bracket…

Selepas digantung dari bermain untuk dua perlawanan di kejohanan dunia MLBB, M5, akhirnya Manuel Simbolon atau Nnael kini boleh bermain untuk pasukan Geek Fam ID sekali lagi sebagai jungler utama mereka.

Pemain muda berusia 17 tahun itu membantu pasukan itu berada di kedudukan top 2 di peringkat kumpulan namun dihukum kerana menunjukkan isyarat lucah kepada pemain DeusVult.

Pada hari ini, Geek Fam ID tewas 1-3 lawan gergasi Filipina, AP.Bren namun berjaya memenangi perlawanan ke atas Burmese Ghouls, dua hari lepas dengan skor sengit 3-2.

Marky yang ditugaskan menjadi jungler sementara menunjukkan prestasi yang agak cemerlang biarpun peranan utamanya adalah sebagai goldlaner. Pemain simpanan, Cadera juga dimasukkan menjadi goldlaner menggantikan Markyy.

Kini Geek Fam kembali ke momentum lineup mereka semasa di peringkat kumpulan, adakah mereka mampu menyekat Blacklist International dari melangkah jauh di tanah air sendiri? Sama-sama kita nantikan Jumaat ini.

Artikel berkaitan: Nnael digantung dua perlawanan kerana tunjuk isyarat jari tengah

RELATED NEWS

+