#OCS2019 – Recap Hari Pertama, FrostFire Di Kedudukan Ketiga

Omen Challenger Series 2019 adalah kejohanan terulung CS:GO yang mengumpulkan 12 pasukan terbaik di serata Asia Pasifik berentap merebut hadiah wang tunai RM208,000. Ia diadakan di Jakarta Convention Center, Jakarta, Indonesia.

Semalam, hari pertama sudah berakhir menemukan dua pasukan menggungguli peringkat kumpulan masing-masing. Menariknya, pasukan Malaysia, FrostFire juga memberikan saingan cukup hebat dalam tiga perlawanan semalam.

Baca lanjut untuk breakdown prestasi pasukan bertanding.

 

Alpha Red mendominasi, Grayhound mengikuti rapat

Seperti biasa, negara yang popular dengan first-person shooter (FPS), Thailand menggunguli carta dengan 9 mata. Alpha Red mendominasi peringkat kumpulan Group A dengan kemenangan bersih 2-0 ke atas Ikarus, Let’s Quit dan Absolute.

Selain itu, Grayhound dari Australia juga tidak kurang hebatnya dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan India, NASR Esports namun menerima mata seri berdepan Laze (Singapura) dan Bren (Filipina) dalam perlawanan format best of 2.

 

FrostFire masih cemerlang

Sementara itu, di Group B, wakil negara, FrostFire berpuas hati di kedudukan tempat ketiga dengan lima mata. Mereka mendapat kemenangan cemerlang 2-0 ke atas skuad AHQ dari Taiwan namun seri berdepan NASR dan Bren.

Pengurus pasukan, Andrew Chen berkata, mereka tidak mengharapkan apa-apa yang luar biasa dalam kejohanan ini sebaliknya bertarung seperti biasa.

“Tiada expectation tinggi, mereka ke sini untuk menunjukkan mutu permainan yang baik.

“Sebelum ini, tiada persiapan begitu rapi untuk menghadapi OCS tapi setakat ini (hari pertama), mereka pamer prestasi yang baik,” katanya.

Hari ini, FrostFire akan berdepan Grayhound pada jam 10 pagi dan Laze pada jam 1:30 petang. Bagaimanapun, perlawanan mereka tidak akan distrimkan di Facebook bagi memberi ruang kepada pasukan lain.

Ayuh kita beri sokongan kepada mereka!

Untuk menyaksikan perlawanan antara NASR vs Laze dan Absolute vs Lets Quit, saksikan detik ini di Facebook page rasmi Omen By HP! Jangan ketinggalan!

Peringkat kumpulan hari ini akan berakhir dan kita akan menyaksikan empat pasukan manakah akan berjaya ke playoffs.

FOTO: Omen by HP / Facebook

RELATED NEWS

+