Mushi mahu satukan kembali komuniti Dota 2 Malaysia

Lagenda Dota 2, Chai Yee Fung atau Mushi berhasrat menyatukan kembali komuniti Dota 2 Malaysia menjadi lebih berdaya saing dan berkongsi ilmu pengetahuan.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mushi memulakan satu Facebook group baharu bagi menyatukan komuniti Dota 2 negara ini. Yang lebih menarik, pemain berpeluang berinteraksi bersama pemain lagenda Dota 2, akses kepada latihan (scrims), tournament ‘in-house’ dan platform mencari kenalan baharu.

Group itu juga mengutamakan Discord sebagai platform untuk berlatih bersama pemain profesional. Setakat ini, sudah hampir 5,000 akaun sudah menyertai group FB itu.

Layari laman Facebook ini untuk menyertai.

TAGS

RELATED NEWS

+