MSC 2023: Todak diundi bersama Blacklist International dan Team Occupy

Wakil Malaysia ke Mobile Legend Southeast Asia Cup (MSC), Todak diundi bersama bekas juara dunia, Blacklist International dan wakil daripada wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dalam kumpulan D.

Sudah semestinya, bekas juara dunia, Blacklist International menjadi halangan terbesar untuk pasukan itu mara ke peringkat kalah mati.

Team Occupy akan menjadi pasukan ‘underdog’ dan kedua-dua pasukan gergasi ini perlu berhati-hati dengan kebolehan pasukan daripada MENA ini.

Manakala di kumpulan A, ECHO berdepan lawan mudah selepas mereka diundi bersama Fire Flux Impunity daripada Turkiye dan Team Evo daripada Laos.

Di kumpulan B, RSG Slate SG dan bekas juara dunia, EVOS Legends akan menjadi lawan untuk pasukan Myammar iaitu Fenix Esports.

Akhir sekali, ONIC Esports akan berjumpa dengan Team Outplay daripada Wilayah Amerika Utara dan Burn X Flash daripada Kemboja. 

Pusingan kumpulan akan bermula dari 10 Jun sehingga 13 Jun manakala pusingan kalah mati akan bermula pada 15 Jun sehingga 18 Jun

RELATED NEWS

+