Milio adalah champion baharu di League of Legends

Patch 13.6 League of Legends (LoL) memperkenalkan Champion baharu iaitu Milio.

Milio adalah seorang Enchanter Support di mana dia boleh menambahkan kekuatan ahli pasukannya.

Dia juga salah satu Champion yang senang untuk dipelajari namun susah untuk dimahirkan. 

Pasif – Fired Up

Milio boleh enchant ahli pasukannya jika mereka terkena kuasanya lalu membuatkan damage yang dilakukan Milio bertambah serta membakar musuh.

Q – Ultra Mega Fire Kick

Milio menyepak bola api ke arah musuh. Serangan ini boleh menolak mereka kebelakang serta memperlahankan pergerakan.

W – Cozy Campfire

Milio mencipta sebuah zon yang boleh menambah nyawa musuh dan menaikkan jarak serangan ahli pasukan yang berada dalam zon. Seterusnya, zon ini akan mengikut ahli yang berdekatan dengan titik tempat skill ini diaktifkan.

E – Warm Hugs

Milio mengurniakan sebuah perisai kepada seorang ahli pasukan dan menaikkan kelajuan pergerakan mereka.

R – Breath of Life

Milio melepaskan sebuah gelombang api yang akan menambah serta membuang efek crowd control ahli pasukan yang berada dalam jarak itu.

Champion ini dijangka akan dilancarkan pada bulan ini termasuklah patch 13.6.

RELATED NEWS

+