Memperkenalkan #KITASAMALEVEL – Mempromosikan inklusiviti dalam e-sukan & gaming

REV Media Group (RMG) melalui MyGameOn (MGO) mempersembahkan inisiatif #KitaSamaLevel yang bertujuan mengeratkan komuniti gamers secara inklusif.

Kempen ini akan bermula pada Jun hingga September ini.

KitaSamaLevel akan ditujukan kepada semua pemain, termasuk penggemar permainan tabletop dan cosplay.

Kempen ini diadakan bagi membina komuniti yang inklusif dalam dunia gaming menerusi pelantar sosial gaming iaitu Discord.

Setiap minggu MGO akan memperkenalkan komuniti-komuniti kegemaran anda. MGO akan berkongsi berita dan pelbagai lagi maklumat menarik mengenai komuniti anda.

Kempen ini juga bertujuan untuk merancakkan lagi arena permainan video dan e-sukan di tanah air kita.

KitaSamaLevel komited untuk mengadakan pelbagai aktiviti menarik termasuk perjumpaan di kafe gaming, memperkenalkan komuniti baru kepada anda, menganjurkan kejohanan peringkat komuniti, dan memberikan peluang kepada anda mempelajari kemahiran baru untuk terlibat dalam industri gaming dan e-sukan!

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai kempen #KitaSamaLevel sila layari laman sesawang komuniti.mygameon.my.

Bagi mereka yang berminat untuk berkolaborasi dalam kempen KitaSamaLevel, anda boleh hantarkan maklumat anda ke [email protected].

RELATED NEWS

+