Maxx jadi jungler Bigetron Alpha untuk MSC 2021?

Selepas isu yang melanda pemain jungler Bigetron Alpha, Branz yang dikenakan tindakan disiplin selama sebulan, ramai tertanya-tanya siapa akan menggantikan posisi beliau di Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021) nanti.

Meskipun tiada pengumuman rasmi siapa akan menggantikan Branz, namun roster penuh BTR Alpha sudah pun didaftarkan di kejohanan serantau itu.

Di laman web rasmi MSC 2021, kelihatan roster penuh BTR dan peranan pemain. Nyata di situ tertulis Maxx yang akan bermain sebagai jungler.

Bagaimanapun, ini mungkin belum rasmi dan akan ada perubahan dari masa ke semasa.

Tapi, kalau dilihat kembali daripada rekod, Maxx adalah pemain paling sesuai untuk posisi Branz kerana beliau pernah menjadi jungler pada MPL musim keenam.

Sumber rujukan: MSC 2021

RELATED NEWS

+