Liga Akademi MLBB (MAL) Malaysia akan diperkenalkan pada bulan Februari

Buat pertama kalinya, Malaysia akan mempunyai liga semi profesional yang memfokuskan kepada pasukan MLBB di tier 2. Dalam satu pengumuman dari MOONTON Games baru-baru ini, liga itu antara penambahan dibuat dalam roadmap 2024 di samping usaha meneruskan MDL.

MAL dijangka bermula pada Februari tahun ini.

Sebelum ini, beberapa pasukan sudah pun menaruh minat seperti Todak yang akan memperkenalkan barisan Todak Apprentice mereka bagi penyertaan liga itu.

Setakat ini masih belum ada butiran penuh mengenai format MAL.

Di samping pengumuman ini, MOONTON juga memperkenalkan penjenamaan semula Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) kepada Piala Pertengahan Musim (Mid Season Cup).

Ia bagi memberi ruang kepada atlet di seluruh pelosok negara di luar Asia Tenggara untuk menyertai dan hadiah wang tunai juga akan lebih besar berbanding sebelum ini.

Mereka juga mengumumkan kejohanan dunia MLBB (M6) di Malaysia akan mempunyai slot Wild Card sama seperti di M5.

RELATED NEWS

+