Lebih 2,900 peminat hadir memeriahkan minggu pertama MPL MY S12, peningkatan 60% berbanding musim lalu

Dalam satu kenyataan media hari ini, MOONTON melaporkan lebih 2,900 peminat hadir memeriahkan suasana di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka di minggu pertama MPL MY S12.

Ia adalah 60% peningkatan berbanding musim lalu.

Peningkatan ini juga menunjukkan lokasi baharu iaitu Dewan Sri Putra yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam juga antara sebabnya selain beberapa pasukan yang melakukan perubahan kepada roster dengan mengambil pemain import.

Pada minggu pertama juga, gergasi Selangor, Yoodo Red Giants berjaya merangkul tempat pertama dengan keseluruhan 6 mata dan juara musim lalu, Todak di tangga keempat.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+