League of Legends: Top Laner SKT T1, Huni Tidak Lagi Bersama Pasukan Itu Untuk Musim 2018

Pasukan mendominasi League of Legends World Championship, SK Telecom T1 mengumumkan berita sedih kepada semua peminat pasukan itu baru-baru ini.

Top laner, Heo “Huni” Seung-hoon digugurkan daripada pasukan itu seiring dengan coaching staff lain. Huni menyertai Han “Peanut” Wang-ho dan Kim “Sky” Ha-neul sebagai pemain ketiga untuk meninggalkan SKT pada musim ini.

Bagaimanapun, SKT mengesahkan top laner itu dalam perbincangan untuk menyertai pasukan lain namun keputusannya masih lagi misteri.

Huni sebelum ini membantu SKT mendominasi League of Legends Champions Korea. Bagaimanapun, gaya permainan Huni terlalu agresif dan tidak menepati stail SKT dan ini lebih kronik apabila Huni dibawa untuk World Championship sebagai satu-satunya top laner tapi tiada improvement pada playstyle beliau.

Selepas pengunduran Huni, Peanut dan Sky, Park “Untara” Ui-jin, Kang “Blank” Sun-gu, Lee “Faker” Sang-hyeok, Bae “Bang” Jun-sik, dan Lee “Wolf” Jae-wan masih lagi setia pada organisasi itu dan meneruskan kontrak mereka bagi musim 2018.

RELATED NEWS

+