League of Legends Akan Memperkenalkan Mod Baru Iaitu “Clash”

League of Legends nampaknya akan memperkenalkan mod baru iaitu Clash, tournament dalam talian yang berlangsung selama tiga hari dan akan diadakan pada hujung minggu.

Mod Clash dari Riot Games ini membolehkan pemain “merasai keseronokan bermain secara berkumpulan dalam suasana tournament”. Clash terbuka untuk semua pemain tak kira skill levels dan tahap mereka.

Tapi buat masa ini, Riot belum mendedahkan ganjaran bagi pemain yang bertanding tapi mereka hanya sahkan “100 dari 1,000 pasukan akan mendapat ganjaran”. Mungkin ini bermakna yang terbaik saja layak menerima ganjaran dalam permainan ini.

Sekali lagi Riot Games cuba mewujudkan persekitaran kejohanan yang adil untuk semua tanpa mengira tahap kemahiran mereka. Bagi yang berminat, korang boleh daftar untuk Clash bermula 20 Mei ini sebelum tournament pertama berjalan pada 25 Mei.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+