Langganan Twitch kini lebih murah di Malaysia

Twitch merupakan pelantar penstriman yang tidak asing lagi untuk para gamers.

Sama seperti pelantar penstriman yang lain anda pasti akan melanggan saluran streamer kegemaran yang banyak interaksi dan serasi dengan anda.

Menurut laporan Aksiz, langganan sekarang untuk Malaysia adalah AS$4.99 lebih kurang RM20. Twitch semalam mengumumkan mereka akan mengubah harga langganan mengikut harga tempatan yang sudah pasti lebih murah untuk semua orang mengikut negara. Pendekatan ini akan menarik lebih ramai orang untuk melanggan penstriman kegemaran masing-masing.

Bagaimanapun Twitch masih tidak mengumumkan lagi harga baharu untuk Malaysia bagi langganan Twitch Subscribe. Turki dan Mexico mendapat harga baru pada 20 Mei ini dengan harga TRY 9.90 (RM4.90) dan 48 Pesos (RM4.14). Bagi negara-negara lain Twitch akan memperkenalkan harga baru secara berperingkat pada suku ketiga tahun ini.

Berdasarkan dua negara contoh, kemungkinan harga langganan Malaysia akan menjadi RM4.99 sebulan dengan penjimatan sebanyak RM16.

Mungkin lepas ini lebih ramai akan melanggan penstriman di Twitch sebab harga yang lebih murah untuk ramai orang.

Sumber rujukan: Aksiz, Twitch

RELATED NEWS

+