Bandai Namco telah melancarkan kemaskini terbaru untuk My Hero One’s Justice 2 iaitu kemaskini versi 1.05. Ia memperkenalkan beberapa penambahbaikkan tetapi penambahan paling besar ialah lakonan suara Bahasa Inggeris.
Anda boleh menyaksikan pelakon suara Bahasa Inggeris Katsuki Bakugou menunjukkan penambahan baharu ini di bawah.
Finally! The cat‘s outta the bag and it just feels so right! #MyHeroAcademia #MyHeroOnesJustice2 #PS4share pic.twitter.com/3uBcErbcgC
— Clifford Chapin #BlackLivesMatter (@CliffordChapin) June 10, 2020
My Hero One’s Justice 2 kini boleh dimain di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch. Jika anda berminat untuk main judul ini, baca dulu review penuh kami di sini.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.