Jujutsu Kaisen Cursed Clash pegang rekod dunia sebagai permainan video paling cepat diminta ‘refund’

Bandai Namco baru-baru ini melancarkan permainan video Jujutsu Kaisen Cursed Clash.

Ramai peminat manga dan anime itu berminat untuk bermain tetapi apabila dilancarkan, nyata JJK Curse Clash tidak sebaik yang disangka.

Terdapat ramai peminat marah dengan betapa teruk permainan ini dari segi kawalan, persekitaran, HUD, sistem dan penceritaan semuanya teruk.

Seorang pengguna Reddit juga berkongsi niat untuk memohon bayaran semula refund dengan ayat ikonik Gojo.

Nah, I’d refund
byu/Bishead7891 inJujutsufolk

Jujutsu Kaisen Cursed Clash diminta melakukan bayaran balik dalam masa empat hari selepas dibeli.

Lebih 100,000 ribu pemain juga memohon wang mereka semula.

Dengan harga permainan ini yang juga mahal membuatkan ramai orang lebih marah kerana permainan anime yang ditunggu-tunggu mereka tidak semegah harga.

Menurut Otaku Insider, bayaran semula ini mengalahkan ‘No Man’s Sky’ dimana orang ramai memohon bayaran semula selepas tiga bulan memainkan game itu.

Nampaknya, permainan video anime masih belum berjaya menjadi antara permainan video yang berkualiti dan tidak banyak permainan video anime yang sangat seronok untuk dimainkan.

RELATED NEWS

+