Ini caranya nak counter Alice jungle dan Lunox di rank

Lunox dan Alice antara hero mage yang memang ‘wajib’ dikenakan ban setiap kali anda main mod rank di MLBB.

Bukan apa, kedua-dua hero ini mempunyai set kuasa yang agak kuat semasa patch terkini. Alice misalnya mempunyai spell vamp yang sangat tinggi dan kuasa yang sangat singkat cooldown. Lunox pula kini mempunyai efek cooldown pada ultimate (boleh guna dalam masa singkat) dan hanya perlu cast satu orb untuk terus guna ulti berbanding dulu (dua orb).

Jadi kedua-duanya tidak boleh digunakan langsung di rank kerana lebih 90% kadar ban. Tapi jika anda perasa antara dua hero ini terlepas dari ban, ini cara untuk counter, menurut tips dari penganalisis RSG Malaysia, Aiman (Rain):

Alice 

Alice adalah hero yang bergantung kepada purple buff. Pendek kata, buff ini memberikan kebebasan untuk Alice membuka ultimate tanpa kehabisan mana. Ia juga membuatkan Alice boleh rusuh dan bermain lebih agresif di fasa awal dan pertengahan permainan.

Cara untuk counter Alice adalah menggunakan hero yang tinggi damage per second (DPS) iaitu Karrie atau Lunox. Karrie mempunyai pasif yang sangat berguna meleburkan hero yang mempunyai jumlah nyawa tinggi.

Lunox pula boleh digunakan untuk counter kerana ultimatenya, Darkening boleh meleburkan nyawa Alice dengan pantas.

Selain itu, elak dari memberi ruang kepada Alice untuk mendapat kill pada awal permainan atau free farm. Rusuh jungle dan purple buff dengan sekerap mungkin.

Lunox

Bagi Lunox pula, gunakan hero yang banyak stun untuk elak dia daripada burst atau Brilliance melarikan diri. Contohnya, Nana, Guinevere, Kadita, tigreal, Ruby, Edith ataupun Franco dan Saber yang boleh lock Lunox dengan ulti.

Perhatikan jika Lunox menggunakan Darkening, dia akan terdedah dengan stun. Jadi itu saatnya anda berhentikan pergerakan dan stun Lunox dengan segera sambil burst kembali.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+