Indonesia sekat Steam, Epic Games dan lain-lain

Hari ini rakyat Indonesia dikejutkan dengan beberapa laman sesawang dan pelantar permainan video disekat di Indonesia.

Antara yang disekat ialah Steam dan Epic Games.

Pengguna di Indonesia disekat dari menggunakan pelantar tersebut dan cara lain untuk menggunakannya adalah dengan menukar DNS atau menggunakan VPN.

Team Secret juga ada melaporkan perkara ini.

Menurut Daniel Ahmad sekatan ini berlaku kerana syarikat-syarikat itu tidak mendaftar untuk Kementerian Komunikasi dan Teknologi Informasi (Kominfo).

Jika mereka tidak berdaftar dengan Kominfo, syarikat-syarikat tersebut akan dikenakan tindakan, saman dan disekat.

Paypal yang menjadi kegunaan juga tidak boleh digunakan di Indonesia.

Nampaknya, sekatan ini akan dibuka apabila syarikat-syarikat tersebut berdaftar dengan Kominfo.

Masih belum ada apa-apa maklumat mengenai Steam dan Epic Games mengenai pendaftaran mereka.

Dikatakan peraturan ini akan membawa masalah kepada rakyat Indonesia dalam jangka masa lama.

 

 

 

 

RELATED NEWS

+