“EVOS Legends sekarang sudah hancur, parah.” – Rekt

EVOS Legends mengalami kesukaran untuk mendapatkan kemenangan di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia baru-baru ini.

Mereka membawa masuk barisan pemain baru bagi menggantikan Antimage, Rekt dan juga Luminaire.

Pada permulaan barisan pemain baru ini dibawa masuk, mereka mudah mendapatkan kemenangan. Namun minggu demi minggu, corak permainan mereka kini dapat dihidu oleh pasukan pihak lawan.

Bekas pemain EVOS Legends iaitu Rekt meluahkan rasa kecewanya terhadap barisan pemain EVOS Legends yang terkini. Menurutnya, corak permainan EVOS Legends tidak jelas.

“Keadaan EVOS sekarang ini amat hancur, parah. Saya masih boleh masuk MPL kan? Kasihan saya melihat mereka, EVOS sekarang ini sangat cacat. Saya rasa mereka sudah tidak boleh bermain.”

Walau bagaimanapun, EVOS Legends tidak boleh menukar barisan pemain mereka setakat ini dan hanya mampu untuk membaiki kesilapan dengan barisan pemain yang ada.

Sumber dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+