Eksekutif Ubisoft mengatakan gamers perlu sedar mereka bukan pemilik game yang dibeli

Philippe Tremblay, Eksekutif Senior Ubisoft baru-baru ini mengatakan para gamers perlu sedar mereka tidak lagi memiliki permainan video yang mereka beli.

Kenyataan ini dibuat oleh eksekutif itu mengenai subjek pemilikan permainan video selepas Ubisoft kini dalam fasa mengetengahkan servis langganan digital.

Philippe mengatakan proses yang dibuat Ubisoft ini adalah untuk perubahan besar bagi memastikan Ubisoft dapat menyediakan langganan yang lebih baik untuk pelanggan yang lebih besar dan berbeza-beza.

“Kami melihat perkembangan konsol seperti PlayStation dan Xbox membawa orang baru. Tetapi bagi Ubisoft, PC juga menjadi tumpuan kami kerana peluang yang ada,” tambahnya lagi.

Sudah semestinya kenyataan ini tidak disukai oleh para gamers yang lebih gemar membeli permainan video versi fizikal.

Debat fizikal dan digital kini menjadi lebih riuh apabila banyak pengeluar permainan video mahu mengedarkan lebih banyak produk digital.

RELATED NEWS

+