DOTA2: Prizepool The International 10 cecah AS$40 juta – paling tinggi dalam sejarah

Kejohanan tahunan Dota 2, The International sekali lagi cipta fenomena tersendiri apabila menjadi pertandingan e-sukan dengan hadiah terkumpul tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak AS$40 juta (RM165 juta). 

Rekod terdahulu dipegang The International 9 dengan AS$34.3 juta.

Bagaimanapun, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, TI10 akan ditunda ke tahun depan. Valve tetap melancarkan Battle Pass dan banyak kandungan menarik di dalamnya yang menggalakkan pemain menyumbang kepada crowdfunding untuk hadiah terkumpul TI ini.

Contohnya, terdapat kosmetik-kosmetik menarik seperti Compass of The Rising Gale dan Anti Mage Persona selain Immortal Treasure yang diidamkan pemain.

Bagi undian Arcana pula, ia dimenangi oleh Spectre yang mengalahkan Faceless Void sebanyak lebih 2.5 juta undian.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+