Chibi ada urusan apa pergi Indonesia?

Pemain jungler HomeBois, Muhammad Nazhan (Chibi) dilaporkan akan ke Indonesia kerana ada urusan. 

 

Pengasas HomeBois, Nureddy Nursal (DaddyHood) ketika dihubungi berkata, mereka akan berjumpa dengan ONIC untuk berbincang pada 19 dan 20 Disember ini. Namun, DaddyHood tidak menyatakan secara terperinci tujuan mereka.

Sebelum ini, ura-ura mengatakan pasukan ONIC ID bakal membuat rombakan agak mengejut selepas tamat kejohanan dunia MLBB, M5 di mana pemain jungler mereka, Kairi dan jurulatih (Coach Yeb) dikatakan akan kembali ke ONIC PH.

Penantian sama ada Chibi akan berkemungkinan dipinjamkan ke ONIC ID menggantikan Kairi masih lagi menjadi tanda tanya.

Dalam video sebelum ini, DaddyHood mengatakan pihak HomeBois akan mengambil jurulatih import baharu dan meletakkan Pabz sebagai pembantu jurulatih.

Foto: MOONTON Games / MPL MY Official group

RELATED NEWS

+