"> " /> " />

ByteDance dilaporkan dalam pertimbangan menjual Moonton

Laporan dari Reuters baru-baru ini menyatakan pemilik TikTok, ByteDance sedang dalam pertimbangan ingin menjual Moonton Games selepas dua tahun memperolehi syarikat itu dengan harga capaian $4 bilion.

Moonton dikenali dengan permainan mudah alih mereka, Mobile Legends: Bang Bang atau MLBB.

Menurut laporan itu lagi, firma Arab Saudi antara syarikat yang ditemui ByteDance mengenai potensi pembelian Moonton. Tapi kesemua perbincangan ini masih di peringkat awal dan tiada perjanjian sah atau apa pun kenyataan yang dibuat.

ByteDance dikatakan ingin menstrukturkan semula operasi dan bisnes mereka serta memfokuskan kepada perniagaan utama mereka.

Syarikat China itu juga berkemungkinan tidak akan menjual Moonton sama sekali. Buat masa ini, ByteDance tidak memberi sebarang kenyataan balas.

Sumber rujukan: Reuters

RELATED NEWS

+