Battlefield 2042 dikatakan ‘meniru’ Call of Duty Modern Warfare

Ujian Beta terbuka Battlefield 2042 baru sahaja tamat selepas dijalankan bermula 6 hingga 9 Oktober baru-baru ini. Seperti setiap ujian beta, akan terdapat banyak laporan atau maklum balas mengenai pepijat, kehilangan ciri-ciri permainan, isu optimasi dan pelbagai lagi. 

Terkini berlaku isu melibatkan pengurusan di studio pembangun Battlefield 2042, DICE. Antaranya, terdapat sumber menyatakan pihak studio meniru beberapa ciri-ciri daripada permainan Modern Warfare yang dilancarkan pada 2019 oleh Activision. 

Punca masalah dikatakan pihak pengurusan yang ambil mudah terhadap pembangunan Battlefield 2042, selain mereka yang begitu obses untuk meniru kejayaan yang diperoleh oleh Modern Warfare sebelum ini. 

Ciri-ciri yang dikatakan diambil daripada Modern Warfare ialah mod Operator. Hal ini dikatakan terdapat beberapa ciri-ciri Specialist yang diambil daripada permainan itu malah ianya menghapuskan sistem pengkelasan yang terdapat di dalam Battlefield sebelum ini. 

Buat masa ini, hanya ini sahaja ciri-ciri yang ditiru daripada Call of Duty Modern Warfare yang dikongsi. Masih belum jelas jika terdapat ciri lain yang ditiru oleh pihak pembangun. 

Battlefield 2042 dijadual akan dilancarkan pada 19 November ini untuk Xbox Series X|S, PlayStation 5, Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Dexerto, GamingIntel.

RELATED NEWS

+