Dari pencipta Azur Lane iaitu Manjuu Games, mereka kini mengumumkan Azur Promilia.
Selepas permainan menembak side scroll, kali ini fokus diberikan kepada dunia fantasi yang akan dilancarkan di Android, iOS, PC dan PlayStation 5.
Azur Promilia berada menggunakan latar dunia fantasi di mana anda akan menyaksikan pelbagai peradaban, kuasa magis, dan makhluk-makhluk ajaib.
Dari terbang ke langit sehingga meredah lautan, anda akan menyertai pengembaraan unik ini.
Nampaknya, Azur Lane mengambil inspirasi dari banyak RPG dan sudah semestinya Breath of the Wild dan Genshin Impact.
Selain Talesanda, beberapa makhluk juga boleh menjadi peneman dan pengikut anda yang banyak mengingatkan anda kepada Monster Hunter dan Palworld.
Pra-daftar kini dibuka di laman rasmi Azur Promilia.