"> " /> " />

Ashi sudah berkahwin

Pengurus pasukan Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi selamat diijabkabulkan dalam satu majlis perkahwinan ringkas bersama isteri.

Dalam satu posting di Facebook, Ashi mengucapkan terima kasih kepada yang membantu dalam urusan majlis kahwin dan yang hadir. 

Alhamdulillah . Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus membantu saya dan isteri dari awal pertunangan sehingga…

Posted by Ashi Gaming on Monday, 12 April 2021

Bercakap kepada penulis, beliau bersyukur dapat dinikahkan dengan Suryatul Fitri atau Chie

“Sangat bersyukur dia sudah sah menjadi isteri. Pada masa sama, saya juga teruja untuk menempuh fasa baru dalam hidup.

“Isteri bukanlah dalam industri e-sukan secara mendalam tapi dia semakin memahami serba sedikit tentang e-sukan dan secara tidak langsung memberi sokongan untuk karier saya sebagai pengurus pasukan Todak MLBB,” katanya.

Ashi juga berharap semua peminat dan kawan-kawan mendoakan kebahagiannya bersama isteri dalam menjalani fasa baru dalam hidup.

Kami dari MyGameOn ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah! 

Foto: Ikuto Radzi

TAGS

RELATED NEWS

+