Game of Life – filem perjalanan Soloz menjadi pemain profesional MLBB

Personaliti e-sukan terkemuka tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau Soloz bakal menjadi inspirasi menerusi filem terbaru, Game of Life.

Filem ini akan membawa penonton menyelami pengalaman Soloz menempuh pelbagai cabaran sehingga berjaya menempa nama sebagai pemain profesional dalam MLBB.

Pelancaran filem disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Kamil Othman dalam satu majlis berbuka puasa dan sidang akhbar di Connexion Conference & Events Centre, Bangsar South hari ini.

Turut membintangi filem ini adalah Hun Haqeem, Ikmal Amry, Jaa Suzuran, Jiha Sham dan Hafeez Mikail.

Game of Life akan diarahkan oleh Syafiq Yusof yang terkenal dengan karya trilogi Abang Long Fadil dan Polis Evo 3. Ia diterbitkan oleh Key Billions Sdn Bhd, di mana filem tempatan pertama bertemakan e-sukan ini menelan kos sebanyak RM8 juta.

Frame Motion Studio akan bekerjasama untuk kesan khas dan Skop Productions sebagai pengedar rasmi.

Ia mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan dan bakal menemui penonton di pawagam pada pertengahan Januari 2025.

Foto: IG Syafiq Yusof / @fiq000s

RELATED NEWS

+