5 Anime Musim Bunga korang patut tonton!

Anime musim sejuk kini sudah banyak ditayangkan dan kini giliran untuk anime musim bunga yang akan bermula pada April sehingga Jun ini.

Banyak anime-anime baru yang akhirnya akan ditayangkan.

Ini 5 Anime Musim Bunga korang patut tengok!

1. Kaiju No.8

Akan datang April 13 ini, Kaiju No.8 menceritakan Kafka Hibino seorang lelaki berusia 32 tahun yang hidup di dunia sentiasa diserang kaiju.

Impian Kafka adalan untuk melindungi manusia bersama-sama rakan dari waktu kecilnya iaitu Mina.

Semuanya berubah apabila Kafka termakan satu raksasa dan kini mempunyai kuasa untuk berubah menjadi Kaiju.

2. Re:Monster

Akan ditayangkan pada 4 April ini, Re:Monster adalah anime fantasi isekai.

Re:Monster menceritakan Tomokui Kanata yang dihidupkan semula di dunia lain tetapi sebagai seekor Goblin lemah.

Dinamakan Goburou, dia sedar apa yang dia patut buat untuk menjadi kuat di dalam dunia itu sebagai seekor Goblin.

3. Bartender: Glass of God

Bartender: Glass of God menceritakan Ryuu Sasakura yang juga seorang pelayan bar genius hebat menghidangkan minuman.

Minuman yang dihidangkan itu sentiasa memberi pelanggannya bantuan untuk membuat keputusan sehingga boleh mengubah kehidupan mereka.

Anime ini akan ditayangkan pada 3 April ini.

4. Wind Breaker

Anime seni bela diri ini menceritakan Haruka Sakura yang hanya berminat untuk menjadi budak paling kuat.

Dia kini terpaksa menyertai perlawanan di sekolah di mana semua pelajar yang berlawan, lawan untuk menjaga keberadaban pekan masing-masing.

Anime ini akan ditayangkan pada 4 April.

5.Viral Hit

Berasal dari manhwa popular hasil Taejun Pak dan artis Jung Hyung, Viral Hit kini mempunyai anime.

Ia menceritakan Hobin Yu seorang pelajar lemah yang kini tular apabila video dia bergaduh menjadi viral kerana satu siaran langsung.

Anime ini akan ditayangkan pada 10 April.

Anime musim bunga mana lagi yang menjadi tumpuan anda semua?

RELATED NEWS

+