Ubisoft Inginkan Lebih Banyak Game Di Nintendo Switch Selepas Kejayaan Mario + Rabbids

Ubisoft nampaknya sangat berpuas hati dengan prestasi Mario + Rabbids Kingdom Battle di Nintendo Switch yang meletakkan permainan itu sebagai best-selling third-party game di Switch pada 2017 dan juga kerana hasil jualan Switch yang memberangsangkan di Jepun.

Disebabkan angka jualan Switch yang tinggi di sana, permainan ini akan turut terjual lebih tinggi dan Ubisoft akan menjadi ‘third-party leader’ dan mereka (Ubisoft) akan terus membina hubungan bersama Nintendo lebih daripada 10 tahun – Jurucakap Ubisoft

Jurucakap Ubisoft juga mengatakan mereka mempunyai visi yang lebih luas pada masa depan (kemungkinan ada game baru) tapi tidak mengulas lanjut.

Mengikut rekod jualan, Mario + Rabbids: Kingdom Battle terjual lebih 114,059 unit di Jepun selepas menduduki tangga lima teratas selama beberapa minggu dikeluarkan.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+