Tofu, Hunk dan Mutant Gator Akan Kembali Dalam Resident Evil 2 Remake

Apabila Resident Evil 2 dilancarkan di PlayStation pada tahun 1998 (20 tahun yang lalu), plotnya sangat misteri dan menjadi kenangan zaman kanak-kanak. Bukan saja wabak zombi melanda Raccoon City tapi juga kejutan lain yang menanti.

Jadi apabila Capcom menunjukkan Resident Evil 2 Remake di E3 kali ini, peminat terus terbayang adakah karakter-karakter lama (selain Leon dan Claire) akan membuat kemunculan kembali dalam dunia RE 2 ini.

Contohnya seperti buaya gergasi dan mutan.

Klip video di atas menunjukkan perlawanan yang sangat menggamit kenangan dan antara momen terbaik dalam Resident Evil 2. Produser, Yoshiaki Hirabayashi berkata, akan ada elemen mengejutkan juga dalam remake ini tapi bukan dalam cara yang sama.

“Saya memang sukakan karakter alligator dan ingin ia dimasukkan di dalam ini,” katanya kepada Polygon di E3 2018. “Saya rasa ia adalah sebahagian dari sejarah Resident Evil 2, dan ramai orang mempunyai memori menarik mengenainya,”

Hirabayashi berkata beliau berbincang dengan pasukannya mengatakan alligator itu mungkin tak mampu dimuatkan dalam game, kerana rekaannya.

“Ia bukan saja berkenaan bos alligator. Tapi kami perlu bermula dengan sesuatu yang mungkin tak ‘kena’ dengan bagaimana game ini direka pada masa kini, tapi mungkin dengan perbincangan berterusan, kita boleh mencari bagaimana caranya untuk memasukkan elemen itu dalam permainan baru,”

Logik yang sama diaplikasi kepada Tofu dan Hunk, karakter tersorok dalam permainan asal yang boleh didapatkan dengan cara tertentu. Yang ini pula, Hirabayashi mengesahkan kedatangan mereka dan paling sedap didengar, ia bukan dalam bentuk DLC.

“Mereka akan berada dalam CD (permainan penuh),” katanya.

Resident Evil 2 akan hadir ke PlayStation 4, PC dan Xbox One pada 25 Januari 2019.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+