Superman Akan Tiba Ke Garena Arena Of Valor Bermula Esok!

1 week ago By : Editorial team

Akhirnya hero DC yang ketiga iaitu Superman akan tiba di Garena Arena Of Valor (AOV) bermula esok.

Man of Steel itu boleh didapatkan dengan dua cara: Superman Bundle yang mempunyai hero Superman dan skin Justice Lord untuk 820 vouchers. Dia juga boleh ditebus melalui special chest yang didapatkan dengan bermain AOV dan mengumpul Superman Sigils dari 9 hingga 16 April.

Hero ini ternyata berbeza dengan hero lain kerana mempunyai 2 set skills yang berbeza. Ketika berjalan biasa, Superman mempunyai set kuasa biasa. Jika bar pasifnya (Flight) penuh, dia akan terbang dan mempunyai set kuasa yang berlainan. Sebagai contoh, Superman mempunyai kuasa nafas ais ketika mod berjalan dan kuasa laser ketika mod terbang. Boleh dikatakan set kuasa mod terbang kebanyakannya untuk initiate fight. 

Ini juga antara sebab Superman dipilih sebagai top-tier pick dalam kalangan pemain profesional AOV di kesemua rantau. Dah bersedia ke korang untuk cuba dominasi dengan Man of Steel?

You might also be interested in