SP Gaming Antara Pasukan 'Underdog' Yang Hebat Dalam Kejohanan LCM 2018

3 months ago By : Editorial team

League of Legends Championship Malaysia (LCM) berlangsung dengan begitu meriah sekali. SP Gaming LOL antara pasukan baru yang berjaya ke Top 4 (tahniah!) dan bakal bertemu Geek Fam pada 14 Mac ini. Kapten mereka, Chun ‘Winter’ Chin Wee kongsi bersama penulis.

Kredit gambar: Geek Fam LOL

1. Sebagai pasukan baru, adakah ini kali pertama anda sertai kejohanan LOL seperti ini?

Ini kali pertama bagi organisasi SP Gaming sertai LOL tournament tapi dari segi individu, setiap ahli dah biasa sertai kejohanan LOL yang lebih besar sebelum ini.

2. Bagaimana team anda menyesuaikan diri dengan patch terkini?

Dalam patch banner siege minion yang baru ini, tank adalah paling efektif dan kami rasa patch kali ini perlukan lebih banyak kerjasama kumpulan berbanding skil individu.

3. Biasanya dengan team mana anda selalu scrim?

Kami biasanya scrim (berlatih) bersama pesaing dan juga rakan kami, Allegiance untuk kekalkan prestasi.

4. Apa kekuatan team anda dan bagaimana ia beri kesan kepada strategi?

Saya rasa kekuatan skuad kami tertumpu kepada jungler, Eyebrows kerana impaknya pada awal permainan sangat penting untuk mempengaruhi prestasi seluruh pasukan.

5. Adakah team anda ditaja, jika tidak, bagaimana anda berlatih tanpa bootcamp?

Setakat ini kami belum dihampiri penaja atau mendapat apa-apa tajaan dari mana-mana pihak. Kami biasanya berlatih dari rumah menggunakan Discord apabila ada scrim pada waktu malam.

6. Sebagai kapten, apa yang anda pelajari sepanjang penglibatan dalam LCM?

Kami tak mempunyai kapten kerana kesemua keputusan adalah sebulat suara (5 orang). Saya tak pasti apa sebenarnya LCM mengajar saya dalam e-sukan tapi yang pasti, bermain secara kompetitif dalam liga ketika masih belajar banyak membuatkan saya lebih berdisiplin dan menepati masa.

You might also be interested in


LATEST EVENTS