Pemain Profesional Dragon Ball FighterZ Berjaya Ke Top 8, Hanya Menggunakan Keyboard Piano!

3 months ago By : Editorial team

Dragon Ball FighterZ adalah permainan video kompetitif dan mencabar sejak baru baru ni dengan menawarkan pemain karakter ikonik dari dunia Dragon Ball lalu menyaksikan mereka berentap untuk menduduki tangga teratas dalam rank.

Sekarang, tahap itu dipertingkatkan lagi apabila pemain profesional menggunakan kaedah berlainan untuk bermain game itu dengan game pad yang sangat unik, menyamai fungsi sebuah piano! Lagi mengejutkan, dia menggunakan teknik itu ketika perlawanan langsung.

Bakat 'Super Saiyan' ini dimiliki oleh Gregory "Gogo" Chow yang menggunakan papan kekunci direka khas untuk Rock Band 3 sebagai game pad untuk perlawanan di Ontario. Dia menggunakan Cell, Goku, Trunks dan tidak ada masalah baginya mendominasi lawan dengan kemahiran yang orang hanya akan faham jika mereka membesar dengan bermain muzik dan menyukai francais Dragon Ball.

Gogo berjaya mendaki sehingga tempat kelapan. Ini bukan kali pertama dia gunakan teknik sebegini. Ketika EVO, dia pernah gunakan piano controller ini untuk berentap dalam pertandingan itu.

Sumber: Comicbook

You might also be interested in


LATEST EVENTS