Mobile Legends: MyA Dah Bersedia Harungi Cabaran Utama MPL!

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura akhirnya bertemu penghujungnya! Dah bersiap sedia ke korang nak saksikan 8 team favorite Mobile Legends berentap? 

Semalam, penulis ke One Utama untuk menghadiri acara eksklusif untuk para media. Kelihatan ramai muka yang familiar, antaranya Air Asia Saiyan, MyA, Mysterious Asassin 3 dan lain-lain. Bagi berentap untuk hadiah utama bernilai lebih RM200,000 wang tunai, semua pasukan berdebar menantikan perlawanan utama yang akan bermula hari ini!

Kejohanan yang diadakan selama 3 hari di pusat membeli belah 1 Utama ini juga mempunyai aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah untuk pengunjung. Ini adalah senarai penuh team yang akan bertanding: Air Asia Saiyan, IDNS SG, Tyrants, MyA, Mystic Burden, Team Eksdi, Mysterious Assassin 3 dan Louvre SG.

Penulis sempat menemubual skuad MyA (Mysterious Assassin), antara pasukan pilihan dalam MPL kali ini!

Dua dari kanan, Mohd Zulshahrin bin Zulkifli (King Zyzz). Kredit gambar: eGG Network

MyGameOn: Sebelum ini korang berjaya meraih naib juara (di kejohanan eCurve) tapi apa pula expectation MyA untuk MPL?

King Zyzz: Dah tentunya kami nak buat yang terbaik kerana kami dah bersedia (study bagaimana strategi pihak lawan dan sebagainya). Kami akan cuba ubah kesilapan dalam pertandingan yang lepas dan akan beat Saiyan! Dalam MPL ni semua kuat-kuat yang bertanding jadi kami pun kena berusaha lebih keras lagi.

MyGameOn: Sekarang kita boleh saksikan MyA mempunyai ramai peminat yang terdiri dari pelbagai usia. Bagaimana reaksi King dengan ini?

King Zyzz: Mula-mula kami hanya small family, ramai orang tak kenal. Tapi lepas masuk MPL dan kejohanan besar, makin ramai yang menyokong kami. Semestinya kami sentiasa menghargai peminat yang tak putus beri sokongan.

————

MyGameOn: Apa harapan Sh4dow dalam kejohanan ini?

Sh4dow: Saya sendiri nak berikan persembahan terbaik kerana sebelum ini hampir menang tapi kalah di final. Untuk ini, kami ada menukar meta berdasarkan hero apa yang dilemahkan dan dikuatkan dalam patch terbaru. Sebagai pengguna Mage, Angela adalah hero pilihan pemain profesional sekarang.

MyGameOn: Bagaimana MyA berlatih untuk hadapi acara utama ini?

Sh4dow: Disebabkan semua tinggal berjauhan, jadi kami akan berlatih menggunakan Discord (aplikasi untuk berhubung bersama gamers). Setakat ini pun tak ada lagi bootcamp untuk ML kerana atas faktor lokasi. Kami dah bersedia untuk perlawanan pada 4 petang ini dan sudah tentunya akan buat yang terbaik untuk peminat yang sentiasa menyokong kami.

Bagi penyokong MyA, hadirkan lah diri korang untuk bagi sokongan selama 3 hari ini! Kejohanan ini dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Moonton.

Baru-baru ini juga, MyA direkrut oleh organisasi e-sukan, Flash Vision yang sah menaja pasukan ini. Jom baca SINI.

RELATED NEWS

+