Mobile Legends: MyA Akhirnya Berjaya Menundukkan AirAsia Saiyan Di Upper Bracket MPL

Itulah keseronokan e-sukan. Kita tak boleh ramal apa yang jadi dan mungkin pasukan teratas boleh kecundang pada bila-bila masa dan pasukan yang tak dijangka menang, akhirnya mara ke peringkat seterusnya. Itu yang berlaku kepada pasukan MysteriousAssassin (MyA) tadi kerana buat pertama kali, mereka berjaya mengalahkan pasukan paling konsisten di Malaysia iaitu AirAsia Saiyan (AAS)!

MyA antara pasukan pilihan dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura yang berlangsung sehingga esok. Boleh dikatakan, mereka antara skuad yang dijangka boleh menundukkan AAS buat pertama kali di Upper Bracket, selepas mengaku kalah dalam kejohanan Mobile Legends sebelum ini.

Admin MyA menulis di Facebook mereka, meraikan kejayaan itu. MyA memperoleh kemenangan 2-1 ke atas AAS sebentar tadi.

MyGameOn: Tahniah atas kemenangan MyA! Bagaimana expectation bagi skuad ini untuk bersaing sehingga peringkat ini?

Benny Teh (Pengurus Pasukan MyA): Sebenarnya kami dah menjangka untuk melangkah sejauh ini tapi tak expect untuk mengalahkan Saiyan di upper bracket kerana pertembungan sebelum ini (kalah di final).

Kami sangat teruja dengan prestasi kali ini dan Saiyan nyata tak memberikan perlawanan yang mudah. Syabas kepada Saiyan kerana prestasi luar biasa mereka. Saya juga yakin dengan kebolehan pasukan yang hadir dengan strategi berbeza mengalahkan pasukan pilihan (AAS). 

Nota Editor: Diharap MyA terus kekal momentum sampai kejohanan esok yang akan menyaksikan mereka berentap melawan wakil Singapura, IDNS SG. Jika mereka menang, MyA akan layak untuk ke final, menantikan pemenang di lower bracket. Akhir kata, all the best! dan kepada AirAsia Saiyan, korang pun always awesome!

MPL MY dan SG berlangsung dari Jumaat hingga esok dan mengumpulkan hadiah wang tunai lebih RM230,000 dan juara akan bawa pulang wang tunai RM110,000.

RELATED NEWS

+