Mobile Legends: Ini Dia Perubahan Baru Dalam Season 8 – Lesley Kena Nerf & Banyak Lagi!

Lesley, Kagura dan Chou, tiga hero yang akan menerima perubahan tak lama lagi dalam season baru pada bulan APRIL! Jadi korang rasa, buff ke nerf? Jom baca lebih lanjut.

Dari apa yang ditulis oleh wakil Moonton, Arnold yang bertanggungjawab dengan hero balancing, beliau mendedahkan beberapa maklumat penting untuk ketiga-tiga hero ini.

KAGURA:

Selepas ultimate mendapat rework, Kagura makin popular dan selalu mendapat kadar ban yang tinggi di mod Rank. Apabila laning dengan Kagura, senang saja dia kacau pemain dari farm dengan menghayunkan payungnya ke satu kawasan untuk memaksa pemain lari breundur. Pada masa sama, dia boleh mara atau lari pada bila-bila masa menyebabkan pemain susah nak berhadapan dengannya.

Jadi mengikut pandangan Arnold, Moonton mungkin akan mengubah JARAK skillnya. Jadi ini menyebabkan semua orang perlu menyesuaikan diri dengannya sekali lagi. Berita baiknya, dia tak lagi overpowered seperti sekarang.

LESLEY:

Tak lama selepas Lesley dikeluarkan, dia digemari ramai dengan sepantas kilat. Pada masa yang sama Moonton juga menerima maklum balas mengatakan hero ini terlalu kuat. Ia bertumpu kepada macam mana kuatnya Lesley pada awal permainan yang boleh harass Marksman lain dengan mudah di lane. Pada late game pula, Lesley mudah bunuh mana-mana Marksman lain dengan jarak serangannya yang jauh dan critical hit yang boleh cecah 4,000!

Pada pandangan Arnold, pihak Moonton akan mengubah skillnya dengan memfokuskan bagaimana impaknya pada awal perlawanan. Mereka ingin melemahkan laning phase Lesley ke atas hero yang lebih squishy pada awal permainan.

CHOU:

Dia sangat popular, selalu dipilih dalam mana-mana mod tapi tak di Rank. Arnold merasakan Chou perlu dimainkan dengan cara tersendiri berbanding memainkannya seperi hero lain. Mereka juga ingin mengubah skillnya dengan memberi lebih banyak efek dalam senario berbeza.

Pada pendapat penulis mungkin set kuasa Chou akan mempunyai 2 fungsi berbeza yang mana fungsi kedua boleh dilakukan apabila korang berjaya buat move tertentu.

LORD:

Ketua yang akan fight untuk team korang ini akan diubah menjadi lebih berkuasa antaranya dilengkapi serangan jarak jauh dan kuasa knock up yang lebih jauh jaraknya untuk mengelakkan team lebih kuat dengan mudah menjatuhkan Lord.

BAN PICKS:

Dalam Mod Draft Pick, mereka akan menambah jumlah ban dari 2 kepada 4. Bukan itu je, mereka akan melancarkan fungsi selection helper. Apa tu? Fungsi ini menyenangkan pemain dari barisan paling bawah yang nak main hero tertentu. Mereka boleh meminta bantuan pemain dari barisan paling atas untuk memilih hero itu.

Mungkin bezanya dari sekarang, mereka boleh klik IKON hero dan pemain dari barisan paling atas boleh nampak hero yang ingin digunakan. Langkah ini sangat bagus kerana kesemua pemain boleh main hero yang terbaik untuk playstyle mereka dan tak lagi selfish.

BATTLE SPELLS:

Buat masa sekarang, Battle Spells memberikan sedikit impak dalam perlawanan jadi pihak Moonton bercadang untuk menambah baik fungsi ini.

Sebagai contoh, Iron Wall akan mengurangkan damage yang diterima dari menara pertahanan.
Contoh kedua, Aegis akan memberikan perisai kepada korang atau rakan seperjuangan yang paling injured.
Contoh ketiga, Weaken akan mengutamakan musuh yang paling tinggi kuasa serangan.
Contoh keempat, kelajuan Sprint pada beberapa saat awal takkan hilang.

Kesemua perubahan ini akan diuji di Advanced Server dan semua orang akan boleh mencuba apa yang akan diperkenalkan oleh kru Mobile Legends nanti.

Jadi korang, dah bersedia ke nak ke Season baru? Penulis dah tak sabar! 

Untuk rujukan artikel asal, boleh KLIK SINI.

RELATED NEWS

+