Metal Gear Solid HD Collection Tidak Akan Dikeluarkan Untuk PS4, Lapor DualShockers

Tatkala ramai peminat hardcore berharap Metal Gear Solid HD Collection akan dikeluarkan tahun ini untuk PlayStation 4, Armature Studios mengatakan sebaliknya seperti dilaporkan portal DualShockers. Kenyataan ini juga menidakkan laporan beberapa portal luar negara yang mengatakan game itu dalam proses untuk dibangunkan. 

Ura-ura itu datang dari Reddit apabila Armature menyenaraikan Metal Gear Solid Hd Collection untuk keluaran PlayStation 4. Bagaimanapun, Armature mengesahkan ia hanya typo dan sudah mengemaskini laman itu bagi mengelakkan sebarang salah faham yang akan timbul seterusnya.

Metal Gear Solid HD Collection adalah projek Kojima Productions untuk PS3 dan Xbox 360. Armature Studios kemudian mengambil alih projek itu namun tidak lagi membangunkan permainan video itu sehingga kini.

Sumber: Dualshockers

RELATED NEWS

+