Mattel Umumkan Anak Patung Barbie Versi Tomb Raider

Gadis-gadis gamers dekat luar sana, korang pernah kumpul patung Barbie? Nampaknya Lara Croft jugak akan ada versi patung dari Mattel ini sendiri.

Pengumuman itu dibuat oleh syarikat Mattle dan produk ini akan didedahkan pada hari ini di New York Toy Fair. Jualan awal akan bermula esok di Barbie.com dan pengumpul boleh membeli anak patung ini dengan harga AS$29.99 (RM117).

Patung Barbie ini akan hadir sekali dengan aksesori termasuk peta, kapak, jurnal, pemegang anak patung dan Certificate of Authenticity.

Filem reboot Tomb Raider akan hadir pada 16 Mac depan dan menampilkan Alicia Vikander sebagai teraju utama.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+