Lokasi The International 2018 Diumumkan, Bukan Lagi Di Key Arena, Amerika Syarikat!

Buat pertama kalinya, perlawanan merebut Aegis of Champions akan diadakan di Kanada!

Skuad terbaik Dota 2 di seluruh dunia akan berentap di Rogers Arena, Vancouver, British Columbia pada Isnin, 20 Ogos hingga Sabtu, 25 Ogos.

Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 23 Mac dan terbahagi kepada dua jenis. Tiket Midweek – berharga CAD $125 (RM375) yang memberi akses hanya 4 hari acara dari 20 Ogos hingga 23 Ogos. Tiket The Finals – berharga CAD $250 (RM750) memberi akses kepada final iaitu pada 24 Ogos dan 25 Ogos.

Penulis tak pasti kalau ada ejen yang akan menjual tiket ini nanti tapi untuk mendapatkannya di laman web rasmi, korang boleh layari Ticketmaster.ca. 

Singapura: 24 Mac pada jam 1:00 pagi dan 1:00 petang

RELATED NEWS

+