Lara Croft Hadir Ke Final Fantasy Brave Exvius Untuk Masa Terhad

Sempena keluaran filem Tomb Raider di Amerika Syarikat pada 16 Mac ini (beruntunglah Malaysia keluar awal!), Square Enix akan membawakan karakter ikonik pemburu harta karun itu ke RPG FINAL FANTASY® BRAVE EXVIUS® untuk masa terhad, bermula 9 Mac.

Dari 9 Mac hingga 22 Mac, semua pemain dapat menambahkan Lara Croft dari permainan video Lara Croft dan Temple of Osiris ke dalam roster. Pemain perlu terlebih dulu menyiapkan event stage pertama atau mengumpul bonus daily login untuk mendapat heroin itu. Bonus daily login akan bermula dari 9 Mac hingga 21 Mac dan memberikan ganjaran kepada pemain termasuk 10+1 Summon Ticket dan Lapis.

Kolaborasi itu memberi peluang kepada pemain untuk melawan bos Apep semasa dalam Lara Croft dan Temple of Osiris. Karakter FINAL FANTASY BRAVE EXVIUS juga akan diubah mengikut karakter dari Lara Croft dan Temple of Osiris termasuk Explorer Aileen, Divine Soleil dan Pharaoh Abel yang boleh didapatkan pada masa terhad menerusi gacha summon pickups.

Pemain juga boleh sertai beberapa collaboration event lain untuk dapatkan ganjaran dalam permainan. FINAL FANTASY BRAVE EXVIUS adalah permainan mudah alih percuma di App Store, Google Play dan Amazon App Store.

 

RELATED NEWS

+