Kejohanan Garena AOV Di Gegaria Fest Johor Bahru – Skuad Baru, Angel Alliance Allstar Kongsi Pengalaman

Warga Johor Bahru, penulis tahu mesti korang excited sebab dapat layan team favorite Arena of Valor korang berentap dalam kejohanan eSports di Gegaria Fest kat Plaza Angsana haritu.

Kalau korang teruja, macam mana pulak dengan team-team yang bertanding? Mesti mereka lagi excited dapat menang duit! Dalam satu temu bual baru-baru ni, penulis bertemu team Arena of Valor yang baru ditubuhkan November lalu.

Apa expectation anda ketika menyertai pertandingan ini?

Boleh dikatakan saya sangat teruja dan banyak yang kami belajar daripada pertandingan ini. Sebelum ini kami dah siap sedia dengan membuat latihan bersama-sama.

Sebagai kapten, bagaimana anda motivasikan diri anda dan ahli pasukan sebelum tiba hari pertandingan?

Saya akan pastikan setiap ahli menjaga disiplin dan sentiasa menepati masa untuk scrim (sesi latihan) dan pertandingan. Saya menganggap mereka sebagai professional jadi semestinya mereka perlu sentiasa peka dengan peraturan dan menjaga adab.

Adakah pasukan ini ditaja? Jika ya, apa kelebihannya kepada pemain seperti anda?

Kami sekarang berada di bawah naungan pihak pengurusan Angels Alliance dan mereka ada memberikan insentif kepada kami antaranya fasiliti, kenderaan, minyak petrol dan juga penginapan bagi memudahkan kami menyertai pertandingan di seluruh Malaysia dan Singapura. 

Mereka juga tidak hanya fokus kepada bahagian pengurusan tapi kami dilayani seperti satu keluarga. Kami juga mempunyai division dari Filipina, Singapura dan dari server lain.

Dari perspektif anda, adakah AOV boleh mencatatkan pertumbuhan positif seperti Mobile eSports lain? 

Ya kerana game di bawah kategori mobile eSports sekarang sedang berkembang dan server Taiwan terutamanya sudah bersedia untuk kejohanan antarabangsa. Jadi pasukan Angel Alliance All Star akan bersiap sedia untuk menyertai kejohanan akan datang ini.

Team Name : Angel Alliance All Star
Team initials : AAAS

Captain

Name: Ivan Cheong Jia Bau
Player In Game Name: ᴬᴬ•BiGamerV

Main player

Name:Melvin Lau Man Han
Player In Game Name: ᴬᴬ•No Mercy

Main player

Name: Ng Zheng Yi
Player In Game Name: ᴬᴬ•Zhengyn75

Main player

Name:Tan Zhi Zhou
Player In Game Name: ᴬᴬ•Equalize

Main player

Name : Yap Soon Meng
Player In Game Name: ᴬᴬ•C2P

Stand in player

Name : Choon Poh Tong
Player In Game Name: Standin.CPT

Senarai penuh pemenang:

Tempat pertama: M8HEXA.Alpha
Tempat kedua dimenangi: M8HEXA.PenangFood
Tempat ketiga: Resurgence Sky (Singapura)
Tempat keempat: Angel Alliance All Stars

Ini dia koleksi gambar sepanjang pertandingan berlangsung: 

RELATED NEWS

+