Kejohanan FIFA Online 3 Di Gegaria Fest Matrade – Remaja 16 Tahun Muncul Juara

“Mula-mula saya tak setuju dia main game sebab mengganggu jadual persekolahan, sampai kerap pergi kafe siber sebab nak berlatih. Tapi sekarang dah lain, saya bagi sokongan penuh,”

Itu lah sebenarnya kata-kata seorang ayah yang inginkan yang terbaik untuk anaknya. Team MyGameOn menemu bual Encik Mohd Rosli Bin Daud yang juga bapa kepada Muhammad Mukhriz Embrail, 16 tahun, juara Gegaria Fest FIFA Online 3 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, minggu lepas.

Mukhriz juga adalah pemain FIFA Online 3 yang bermain untuk Happy Green E-Sports.

MyGameOn: Tahniah kepada anak En. Rosli kerana berjaya menang wang tunai RM3,000. Bagaimana encik menilai kejayaan ini?

Mohd Rosli: Sebenarnya saya sokong kalau dia nak main game. Macam sekarang dia nak menang, ni pertama kali saya tengok depan mata dia beraksi dan kemudian menang. Sebagai seorang ayah, siapa taknak tengok anak berjaya kejar impian mereka.

Mula-mula dulu saya kurang setuju dia main game lagi-lagi dia bawah umur. Walaupun e-sukan boleh berikan hadiah berupa duit tapi tak bermakna dia perlu abaikan pengajaran. Selepas berbincang dengan pengurusnya, En.Lee, baru saya bersetuju untuk dia main game tapi dengan syarat dia perlu ikut jadual.

Macam saya sendiri nampak dia ada talent then why not support kan, tapi kena seiring dengan akademik. Sebagai bapa, memang saya kena pantau dia. Saya pun sendiri perhati dia lebih berdisiplin dan ada peningkatan gred di sekolah lepas saya dah bagi sokongan. Boleh katakan e-sukan ni bagi dia lebih faham untuk gunakan waktu sebaiknya dan tak main game ikut perasaan sampai berjam-jam. Balik rumah pun on-time.

Bukan apa, remaja ni kalau kita support, mesti dia ada spirit nak buat yang lebih baik, nak buktikan dekat kita. Lagipun saya sokong sangat dia sertai pertandingan macam ni kerana pertama, dia jadi celik IT, kedua, dia lebih faham belajar bahasa Inggeris dan ketiga minat. Saya lega kalau dapat tengok dia berjaya dalam dua benda dia minat, pelajaran dan game.

Nota editor: Kesimpulannya, main lah game mana pun tapi yang penting jangan abaikan pelajaran betul tak? Kalau kita tunjuk dua-dua faktor ni boleh balance, mesti lah mak ayah pun sokong. Kepada Mukhriz, teruskan komitmen dan semoga berjaya! Perjalanan anda masih jauh!

Kejohanan Gegaria Fest FIFA Online 3 dengan kerjasama Garena ini turut ditaja oleh Acer Predator yang menyediakan gaming laptops kepada pemain untuk bertanding.

RELATED NEWS

+